Anwar berdoa, kagum keberanian Raja Petra

Posted by Super Admin
Monday, 23 June 2008

Oleh Zulkifli Mohamed

“Saya mendoakan keselamatan Pet dan kagum dengan keberaniannya!”

Demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran pengakuan bersumpah pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berhubung penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Datuk Seri Najib Razak tentang dakwaan terbabit dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

“Implikasi perakuan tersebut pastinya menggemparkan kerana tuduhan menjurus kepada penglibatan Datin Seri Rosmah dalam kes pembunuhan,” kata Anwar.

Menurut Anwar sebaik membaca perakuan bersumpah Raja Petra, beliau segera menghubungi teman peguam memohon penjelasan.

“Teman tersebut diminta memberikan bantuan guaman kepada Raja Petra,” ujarnya.

Jelasnya agak sukar beliau memberikan pandangan selain desakan agar siasatan polis rapi dan secara profesional.

“Pet pastinya telah merenung hal tersebut dengan teliti, punyai bukti mempertahankan tuduhannya,” ulas Anwar dalam blognya.

Raja Petra sekali lagi menggemparkan warga siber, apabila membuat pengakuan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 18 Jun 2008.

Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi seorang pegawai tentera Kolonel Aziz Buyong, yang menurutnya seorang pakar bom ‘C4’ dan isterinya- Norhayati yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa Kolonel Aziz yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Menurut Petra, dalam akuannya itu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Jelasnya lagi, Abdullah telah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, seorang sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.

Dilaporkan pengakuan Raja Petra itu diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.

“Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan,” kata setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s