Arab Saudi jelaskan kenapa minyak naik harga

Oleh AP
Isnin, 23 Jun 2008

PEMERINTAH Arab Saudi, Raja Abdullah semalam menyatakan bahawa negaranya tidak boleh dipersalahkan berhubung peningkatan harga minyak.

Bagaimanapun, baginda menuding jari kepada spekulator, cukai bahan api tinggi di negara-negara pengguna dan peningkatan penggunaan di negara-negara membangun.

Raja Abdullah menyatakan demikian ketika merasmikan persidangan minyak di bandar pelabuhan Jeddah.

Baginda turut menjelaskan bahawa Arab Saudi yang merupakan negara pengeksport minyak terbesar di dunia sudah meningkatkan pengeluaran kepada 9.7 juta tong sehari.

“Dan kita kini bersedia untuk memenuhi sebarang permintaan tambahan pada masa depan,” katanya.

Raja Abdullah juga meminta diwujudkan satu inisiatif tenaga yang bernilai AS$1 bilion (RM3.25 juta) untuk negara-negara miskin bagi menghadapi kenaikan harga minyak. Kebanyakan negara di dunia mengalami pengalaman kekacauan sosial oleh penduduk yang berang kerana kenaikan harga bahan bakar itu, peningkatan kos makanan dan lain-lain barangan keperluan asas.

Baginda juga menyatakan Arab Saudi akan menyumbangkan AS$500 juta (RM1.6 bilion) untuk membantu memberi pinjaman kepada negara-negara miskin bagi membiayai projek tenaga dan kewangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s