“Dakwaan keatas Yong bukan ugutan” BPR

Oleh Bernama
Isnin, 23 Jun 2008

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia menafikan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, bahawa tindakannya membuka kertas siasatan ke atas pemimpin SAPP itu adalah satu ugutan.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata badan itu tidak pernah mengugut sesiapa pun dan tindakan BPR itu tidak bermotifkan politik atau atas arahan mana-mana pihak.

‘Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang, kita jalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih,’ katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dari Singapura, di sini, semalam.

Mengenai masa kertas siasatan itu dibuka iaitu sehari selepas Datuk Yong membuat kenyataan tidak yakinnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Ahmad Said berkata ia adalah secara kebetulan kerana nama Datuk Yong disebut dalam perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat lalu.

BPR membuka kertas siasatan ke atas Datuk Yong kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukannya ketika menjadi Ketua Menteri Sabah, yang dikatakan mengarahkan pembayaran wang hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan Sabah itu kepada ejen pilihannya pada 1996.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s