Konsert: Demo bukan keutamaan PAS

Demonstrasi membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu “bukan keutamaan” dan ia tidak dibincangkan, kata timbalan pesuruhjaya I PAS Selangor.

ella and mas idayu and pas”Perkara ini tidak dibincangkan (di peringkat PAS negeri) dan tidak menjadi keutamaan.

“Soal perhimpunan, kalau hendak buat, kena ambil kira semua aspek, kena ambil kira juga siapa yang setuju dan tidak setuju,” kata Dr Osman Sabran kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, parti itu pada prinsipnya menyokong sikap Pemuda negeri yang membantah konsert itu yang diadakan bersempena perlawanan bola sepak antara Selangor dengan Singapura pada 6 Julai.

“Pada prinsipnya, kita menyokong tindakan Pemuda (negeri) itu. Sebenarnya tidak timbul isu bahawa kita menentang Sultan. Bantahan itu sebenarnya hanya pada masalah pelaksanaannya,” kata Dr Osman.

Menurutnya lagi, bantahan parti itu dibuat untuk membantu baginda “melaksanakan Islam yang betul” di Selangor.

“Kita sebenarnya ingin membantu Sultan sebagai ketua agama untuk melaksanakan Islam yang betul,” katanya.

Jika konsert itu diteruskan, tambahnya, Ella dan Mas Idayu diharapkan dapat mematuhi garis panduan persembahan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), antaranya, mematuhi etika berpakaian dan berhenti sebelum solat maghrib.

Sementara itu, Pemuda PAS negeri berkata hasrat dewan itu bertemu mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid hari ini tidak tercapai.

“Kita tidak bertemu mufti kerana mufti ada kerja hari ini. Saya difahamkan beliau ada mesyuarat hari ini,” kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.

Dr Osman dan Sallehen memaklumkan, setakat ini, PAS belum mengetahui tarikh mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s