MB akui wang derma masuk akaun PKR

Oleh Bernama
Isnin, 23 Jun 2008

SA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui adanya sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau tidak seberapa jumlahnya akan dibekukan dan ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada pihak kerajaan negeri.

“Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya,” katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di sini hari Isnin.

Abdul Khalid juga berkata beliau sendiri akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang kepada sambutan itu.

Namun, beliau menganggap pemberian syarikat itu sebagai ikhlas dan tidak mengharap balasan seperti pemberian tanah atau pasir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s