MP SAPP ‘ghaib’, tak hadir sidang Dewan Rakyat

Oleh Wartawan KLpos.com
Isnin, 23 Jun 2008

KL: Apa diharap padi seberang: Mungkin itulah yang berligar di kalangan wartawan di Dewan Rakyat selepas dua Ahli Parlimen SAPP yang kononnya akan bawa usul undi tidak percaya masih belum muncul di Parlimen pagi ini.

Seorang wartawan terkenal bahkan berselorah dengan KLpos.com, dengan pantun lama, Apa diharap padi seberang, Entah jadi entahkan tidak, Apa diharap kasihnya orang, Entah sudi entah tidak.

Kata wartawan terkenal itu, silap-silap dua Ahli Parlimen SAPP itu ‘korner baring’.

“Dalam politik macam-macam boleh jadi,” katanya.

Menurutnya, masa Anwar Ibrahim jadi Presiden Abim dulu, dia sibuk carikan calon Abim untuk bertanding tiket PAS.

“Tengah sibuk cari calon Abim hendak bertanding tiket PAS, tiba-tiba beliau umum masuk Umno, politik-politik,”katanya ketawa.

“Jangan berulang sudah,” ketawa lagi kuat.

Sementara itu, kerajaan akan membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad dijangka bermula kira-kira 11.30 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.

Bagaimanapun setakat ini usul tersebut belum dikemukakan.

Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Perbahasan itu tidak disiarkan secara langsung menerusi RTM, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s