Notis usul tidak perlu 14 hari: Prof Dr Aziz Bari

Posted by Super Admin
Monday, 23 June 2008

(Harakah) – Mungkin ada pemimpin yang paling tidak selesa menunggu detik-detik persidangan kedua Parlimen bakal berlangsung mulai esok.

Resahnya bukan sekadar mandi tak basah, makan tak kenyang, sebaliknya silap hari bulan segalanya yang dipegang selama ini terlepas.

Inilah debaran yang mungkin sedang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas liku-liku politiknya hampir terpadam pada 8 Mac lalu.

Biar pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan tiada usul tidak percaya terhadap Abdullah pada persidangan yang bermula esok, namun ia tetap ditunggu dengan penuh debaran.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, sejarah membuktikan undi tidak percaya telah membawa kejatuhan tiga ketua kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, usul undi tidak percaya telah berjaya pada 1966 di Sarawak, pada 1976 di Selangor dan tahun 1977 di Kelantan sehingga membawa kepada kejatuhan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Katanya paling akhir berlaku di Kelantan di mana undi tidak percaya telah membawa kepada kejatuhan Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar sehingga kerajaan Barisan Nasional berkuasa setahun kemudian.

�Biar pun ada pihak yang menolak undi tidak percaya kemugkinan dibawa pada persidangan kali ini, ramai tidak sedar tiga ketua kerajaan pernah jatuh melalui undi tidak percaya yang dibawa ketika itu.

�Oleh itu kenyataan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini seolah-olah mahu menyelamatkan kerajaan yang sudah terkepung dianggap agak terlewat,� katanya pada Wacana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Balai Islam, malam tadi.

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 (2008) Dewan Rakyat bersidang mulai esok sehingga 15 Julai depan, manakala Dewan Negara pula 15 Julai hingga 24 Julai 2008.

Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sebarang usul perlu melalui Peraturan Mesyuarat yang dibenarkan oleh Speaker.

Rabu lalu, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Dr Abdul Aziz berkata, tidak timbul notis 14 hari dikemukakan sebelum sesuatu usul dibentang pada persidangan parlimen sebagaimana difahami banyak pihak sebelum ini.

Menurutnya ada jalan pintas yang boleh dibuat tanpa melalui notis usul sekiranya ada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.

Lagi pun katanya, dalam banyak keadaan kerajaan jarang mengikut sepenuhnya undang-undang biar pun secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau juga berkata, keberkesanan segala janji-janji Pakatan Rakyat hanya dapat ditunaikan sepenuhnya apabila dapat menguasai kerajaan persekutuan.

�Oleh itu peluang yang ada hanya datang sekali. Ahli-ahli politik perlu berani mengambil risiko sekiranya mahu kepemimpinan negara bertukar dalam tempoh yang lebih singkat tanpa perlu menunggu 16 September depan,� ujarnya.

Beliau juga berkata, sembilan negeri yang mempunyai Sultan sudah dijelaskan di sisi undang-undang iaitu ketua kerajaan mesti dilantik dari kalangan orang Melayu biar parti mana sekali pun memperolehi majoriti.

�Kedudukan orang Melayu pada perlembagaan sudah jelas dan ia tidak berubah. Biar pun Ummo jatuh, orang Melayu tetap tidak berubah. Yang jatuh Umno dan bukannya kedudukan orang Melayu,� ujarnya.

Anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, hak-hak orang Melayu termasuk bahasa, agama Islam dan keistimewaan lain tetap dipertahankan Pakatan Rakyat.
Menurutnya sudah disepakati dengan jelas pemimpin-pemimpin KeADILan, PAS dan DAP hak-hak keistimewaan orang Melayu tetap dipertahankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s