SAPP: “Angkara Anwar” Ezam

Oleh NST
Isnin, 23 Jun 2008

SA: Rancangan Parti Maju Sabah (SAPP) membuat usul undi tidak yakin terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah satu tindakan yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas ketua belia Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor.

Beliau berkata, langkah itu telah dihasilkan oleh bekas mentornya itu untuk mengalihkan perhatian umum daripada kelemahan yang sedang dialami oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee, sebelum ini pernah berkata beliau telah menemui Datuk Anwar.

‘Ia satu tindakan terdesak untuk memastikan pakatan itu (Pakatan Rakyat) tetap bersatu,’ kata Ezam.

Beliau, yang telah masuk semula menjadi anggota Umno, juga berkata keadaan di kalangan parti yang menyertai Pakatan Rakyat, yang tidak mempunyai satu ideologi bersama tidak sebaik yang disangkakan.

‘Ada pertikaian dalaman, ketegangan dan Anwar perlu mengalihkan perhatian buat sementara ini untuk menutupi keretakan itu,’ jelasnya.

Ezam, semasa berucap di hadapan para siswazah di Bangunan Umno Selangor, berkata Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gembira dengan kepimpinan PKR di Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s