“Saya cabar MB pecat saya terus dari jawatan ini”

Oleh Berita Harian
Isnin, 23 Jun 2008

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Pejabat Menteri Besar Selangor yang sebelum ini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan agihan kontrak pembersihan sampah, mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya.

Pegawai kanan berumur 40-an itu membuat cabaran itu kerana tidak puas hati dengan tindakan Menteri Besar memaklumkan beliau digantung tugas bermula hari ini menerusi SMS yang dihantar kepadanya petang semalam.

Beliau berkata, tindakan memecatnya lebih wajar berbanding menggantung tugas hanya dimaklumkan menerusi SMS yang dihantar sendiri oleh Abdul Khalid.

“Saya dapat arahan penggantungan tugas mulai esok (hari ini) melalui SMS petang tadi. Saya cabar Menteri Besar pecat saya terus daripada jawatan ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s