Sidang parlimen kembali curi tumpuan mulai hari ini

Oleh BHS
Isnin, 23 Jun 2008

KL: Sesi pertama Dewan Rakyat hari ini mungkin mendapat rekod tontonan atau ratings baru di Malaysia, demikian menurut laporan media tempatan semalam.

Usaha Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengusulkan undian tidak yakin terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka menarik perhatian semua lapisan rakyat Malaysia dan 222 anggota Parlimennya, kata rencana akhbar The New Sunday Times (NST).

Abdullah dan para menteri kabinetnya akan hadir.

Malah, usul tersebut dijangka membayangi isu semakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK) bagi jangka pertengahan ini.

Abdullah dijangka menggariskan semakan itu kepada Dewan Rakyat Khamis ini, selepas sesi soal jawabnya pada 11.30 pagi.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz, pula berkata ia akan menjadi agenda utama Dewan Rakyat, dengan pembahasannya dijalankan dari Khamis hingga 10 Julai ini.

Namun, perhatian awam tetap ke arah usul undi tidak yakin SAPP itu.

Sambil memberikan jaminan bahawa usul itu tidak akan berlaku hari ini, Nazri dipetik akhbar Berita Minggu Malaysia (BHM) sebagai berkata pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis berhubungnya sehingga petang kelmarin.

‘Begitupun, sehingga semalam (kelmarin), saya dimaklumkan tiada usul mengikut Perkara 18 (1) diterima, yang disifatkan sebagai perkara perlu disegerakan dan hanya memerlukan satu hari notis.

‘Oleh itu, saya boleh memberi jaminan pada Isnin ini (hari ini) tiada usul secara konstruktif undi tidak percaya kepada perdana menteri dapat dibuat,’ katanya.

Sementara itu, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, dalam laman berita The Malaysian Insider menyifatkan dakwaan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak masuk akal.

‘Saya tidak pernah bermimpi menjadi timbalan perdana menteri. Mungkin kerana saya lantang dalam menyuarakan isu-isu yang menjejas Sabah beliau boleh berkata apa saja, bercakap seperti orang kurang siuman.

‘Jika bukan kerana kemenangan besar Barisan Nasional Sabah dan Sarawak…. BN akan jatuh dalam pilihan raya lalu.

‘Jadi apa salahnya jika kami meminta sedikit perhatian. Khairy orang muda. Beliau perlu banyak belajar,’ katanya ketika menemui penduduk Likas di Kota Kinabalu kelmarin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s