“Tunggu.. Ini soal strategi” Azmin

Oleh Harakahdaily
Isnin, 23 Jun 2008

KL: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali (KeADILan Gombak) hanya menyatakan bahawa semua pihak perlu ‘tunggu dan lihat’ berhubung bila usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi Azmin bagaimanapun menyatakan soal undi tidak percaya itu telah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa usul itu perlu mengikut prosedur yang ditetapkan Dewan Rakyat iaitu antaranya melalui proses dengan dua minggu notis atau penggunaan peraturan urusan mesyuarat perkara 18 (1).

Namun semasa ditanya mengenai bila ia akan dibawa ke Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa ‘ini soal strategi’.

“Kita juga boleh guna usul yang dibentang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shahrir Samad di Dewan Rakyat sebentar tadi boleh menjadi wadah untuk beri isyarat tidak yakin dengan kerajaan ini, kita tunggu sampai pukul 6.00 petang ini, saya tak nak ‘speculate’, kita nak tunggu,” kata Azmin selamba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s