“Anda tidak sepatutnya meminta saya mengulas dakwaan sampah seperti itu,” Najib

Oleh Mstar
Rabu, 25 Jun 2008

KL: Datuk Seri Mohd. Najib Razak hari ini menyifatkan dakwaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa isteri beliau kononnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu sebagai “sampah.”

Dakwaan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, hanyalah satu percubaan oleh orang yang terdesak untuk memburukkan imej politik beliau.

“Anda tidak sepatutnya meminta saya mengulas dakwaan sampah seperti itu,” kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai masalah pendatang tanpa izin ketika diminta mengulas dakwaan dibuat Raja Petra dalam satu perakuan bersumpah.

Menurut Najib, beliau mengalu-alukan siasatan polis terhadap dakwaan yang dibuat Raja Petra dalam perakuan bersumpahnya yang bertarikh 18 Jun itu.

“Isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) telah pun memberikan keterangan kepada polis,” tambahnya.

Ditanya apakah motif menyebabkan blogger itu membuat dakwaan berkenaan terhadap beliau Najib berkata, dakwaan yang merupakan sampah semata-mata seperti itu hanya akan dibuat oleh seseorang yang telah benar-benar terdesak untuk memburukkan imej politik beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyangkal dakwaan Raja Petra bahawa beliau telah menerima salinan laporan daripada pihak perisikan tentera mengenai pembunuhan Altantuya.

Abdullah berkata, apa yang dilakukan oleh Raja Petra itu tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s