Bekalan air terputus sekitar Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 25 Jun (Hrkh) � Kira-kira 50,000 orang penduduk di sini terputus bekalan air paip sejak tengah malam tadi hingga saat ini.

Bekalan air terputus tersebut melibatkan lebih 50 buah kampung di sekitar bandar ini termasuk Kawasan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Padang Changkat, Kg. Sungai Siput, Kg. Talang, Lubok Merbau, Pekan Karai, Kati, Enggor, Kg. Ribu, Kg. Kota Lama Kiri dan Kanan.

Harakahdaily difahamkan, kebanyakan mereka yang terlibat menghadapi kesukaran kerana ketiadaan air untuk mandi, membasuh dan sebagainya.

Penduduk yang tinggal di tepi Sungai Perak pula kini didapati sukar untuk pergi mandi dan menggunakan air sungai memandangkan tiada jalan untuk pergi ke tebing akibat sudah lama tidak digunakan.

Sementara itu, ketika dihubungi, jurucakap Loji Bekalan Air Kuala Kangsar memberitahu, bekalan terputus kerana berlaku kerosakan pada pam besar di Loji Air Kota Llama Kiri dekat sini sejak tengah malam tadi.

“Kami sedang berusaha untuk mengatasinya dengan cuba mengambil bantuan bekalan air dari Loji Air Padang Rengas,” kata pegawai berkenaan.

Beliau tidak dapat memberitahu bila bekalan air dapat disalurkan sepenuhnya seperti biasa. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s