Isteri Lee Kuan Yew alami pendarahan otak

Oleh BHS
Rabu, 25 Jun 2008

KESIHATAN isteri Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang diserang angin ahmar pertengahan bulan lalu, kembali kritikal setelah beliau mengalami pendarahan otak ketika di hospital, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Kenyataan ringkas itu berkata: ‘Pada 24 Jun 2008, Cik Lee mengalami pendarahan teruk di bahagian otak ketika berada di hospital. Beliau kini dalam keadaan kritikal, dengan prognosis untuk pulih tidak diketahui.’

Sebelum ini keadaan Cik Lee dilaporkan sudah stabil menyusuli pembedahan pada 17 Mei lalu, lima hari selepas beliau diserang angin ahmar.

Pada 12 Mei lalu, Cik Lee tiba-tiba mengalami kelemahan pada bahagian kiri badan dan pertuturannya menjadi tidak jelas.

Beliau dibawa ke Institut Neurosains Kebangsaan (NNI) bagi imbasan otak, yang mendedahkan pendarahan teruk di bahagian kanan otak, dan kemudian dimasukkan ke Unit Jagaan Intensif-Neuro, Hospital Tan Tock Seng.

Pendarahan itu menjadi stabil selepas pemantauan dan rawatan selama dua hari dan beliau dipindahkan ke wad biasa pada 14 Mei.

Namun Cik Lee dalam keadaan serius dan menjalani pembedahan tiga hari kemudian. Sejak itu beliau berada di bawah pengawasan teliti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s