‘Jurucakap BPR’, Khalid nafi tuduhan Khairy

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) – Tuduhan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (BN Rembau) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Rakyat semalam kononnya Khalid menjadi jurucakap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berasas.

Khalid yang menjawab tohmahan tersebut menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno itu yang kononnya beliau bercakap bagi pihak BPR mengenai isu siasatan ke atas seorang pegawai kerajaan negeri, Yahya Sahri.

Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau membuat kenyataan bagi pihak BPR adalah tidak benar sama sekali

Menurutnya, surat Pengarah BPR Selangor juga mencadangkan isu-isu berhubung ketelusan dan penanggungjawaban khususnya prosedur surat-menyurat dan pengeluaran surat sokongan.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan Khairy mendakwa wakil rakyat KeADILan Bandar Tun Razak itu mengeluarkan kenyataan bagi pihak BPR tersebut berhubung siasatan terhadap pegawainya itu.

Ketika bangun bagi menjawab tohmahan itu, Abdul Khalid berkata, beliau telah cuba menggunakan peraturan dewan untuk menjawab dakwaan Khairy tetapi tidak dibenarkan oleh Timbalan Yang diPertua, Dato’ Wan Junaidi Tunku Jaafar.

Ujar Khalid lagi, kerajaan Selangor menjemput BPR menempatkan seorang pegawainya bagi membuat siasatan lanjut di pejabat menteri besar dalam surat jawapan 16 Jun lalu.

Yahya digantung tugasnya sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar berkuatkuasa 23 Jun selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan.

Yahya bagaimanapun mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut, dan juga melepaskan jawatan Setiausaha Perhubungan KeADILan negeri. _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s