Kedah lancar e-Sinar untuk tingkat usaha basmi kemiskinan

ALOR STAR, 25 Jun (Hrkh) – Sistem pengurusan yang sistematik dan berkesan bukan sahaja menjadi kepentingan dalam pentadbiran kerajaan negeri, tetapi ia juga boleh dikembangkan kepada usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Melalui e-Sinar, Kerajaan Negeri Kedah mengorak langkah baru ke arah usaha tersebut. e-Sinar merupakan satu Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah secara online yang merekodkan segala maklumat berkaitan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di negeri ini.

Sistem ini diwujudkan Kerajaan Negeri bertujuan mengumpulkan dana rakyat miskin di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan mensifarkan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Image

Pemohon yang layak berdaftar ialah KIR yang terdiri daripada warga negara Malaysia dan menetap di Kedah dengan pendapatan bulanan ahli isi rumah mestilah RM660 ke bawah atau perkapita RM160 ke bawah.

Dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran e-Sinar yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon di sini kelmarin, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menegaskan e-Sinar sebagai persiapan untuk mengemas kini data kemiskinan yang ada di Kedah dan berdasarkan data-data ini, Kerajaan Negeri akan mengatur langkah bantuan mengikut keperluan isi rumah.

Ujar beliau, Kerajaan Negeri juga hendak memastikan tiada pertindihan berlaku kepada penyaluran bantuan.

“Banyak agensi-agensi yang memberi bantuan kemiskinan seperti Pusat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). Tetapi wujud mereka yang mendapat bantuan lebih dari satu agensi dan ada yang langsung tidak mendapat bantuan.

“Oleh itu, melalui e-Sinar kita juga akan dapat memastikan ketirisan dari segi pengagihan,” terang beliau.

Maklumnya, untuk meningkatkan keupayaan penggunaan sistem itu, semua Penghulu, Ketua Kampung dan Imam akan didedahkan dengan penggunaan e-Sinar.

Terangnya, maklumat yang diperolehi akan diserahkan kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk dianalisis dan kemudian ditentukan bantuan.

Pada masa ini, borang e-Sinar boleh diperolehi dari Pejabat Penghulu Mukim dan Pejabat Daerah di seluruh Negeri Kedah. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s