Kompleks akuatik dikhuatiri jadi projek ‘gajah putih’

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Hrkh) – Hampir sebulan berlalu acara Sukan Malaysia (SUKMA) XII di Terengganu berlangsung tetapi Kompleks Akuatik Negeri masih belum siap sepenuhnya.

Bahkan, turut dibimbangi oleh banyak pihak kompleks akuatik berkenaan bakal menjadi projek ‘gajah’ putih di negeri ini kerana ia masih ditutup dan belum diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Tinjauan Harakahdaily mendapati kompleks akuatik berkenaan masih dalam kerja-kerja pemasangan pengadang besi oleh beberapa orang pekerja binaan.

Setiausaha Persatuan Renang Negeri Terengganu, Yan Kong Lee melahirkan rasa kecewa kerana kompleks renang yang berharga RM18 juta itu masih gagal disiapkan sepenuhnya.

Meskipun katanya Majlis Sukan Malaysia (SUKMA) XII telah tamat tetapi kompleks berkenaan masih belum dapat digunakan sehingga hari ini.

“Kompleks berharga RM18 juta masih belum siap sepenuhnya dan ini menyukarkan pihak kami untuk mengatur jadual latihan atlet sukan renang. Image

“Kami amat perlukan kompleks itu kerana atlet kami berdepan dengan Kejohanan Sport Excel hampir setiap bulan bermula Jun ini.

“Para atlet kami terpaksa membuat latihan di tempat lama di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai tetapi ia hanya untuk kemudahan acara latihan renang sahaja,” jelasnya.

Katanya, hasrat persatuan mendapatkan jurulatih luar bagi melatih para atlet negeri juga terpaksa ditangguhkan sehingga kompleks akuatik tersebut siap. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s