Operasi besar-besaran usir pendatang haram

Malaysia sedia melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pendatang tanpa izin di Sabah yang kini berjumlah kira-kira 300,000 orang, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan berunding dengan pihak Filipina dan Indonesia. Kita akan kenal pasti mereka sebab pendatang ini bukan semuanya pelarian.

“Kita akan siasat isu ini. Rakyat dan pemimpin Sabah mahu isu ini diselesai,” kata Najib dalam sidang akhbar pagi tadi.

Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata, anggaran jumlah pendatang tanpa izin itu dalam tempoh 1990 hingga Mei tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk utama negara dan menambah kekuatan sedia ada.

“Komitmen kita adalah untuk menyelesaikan kes ini dan kita akan menghantar mereka balik,” kata Najib.

Di samping itu, Najib berkata, beliau akan berjumpa dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah untuk menerangkan isu tersebut.

Najib berkata, rakyat asing tersebut datang ke Sabah kerana faktor-faktor ekonomi.

Katanya, mesyuarat akan diadakan untuk mendapatkan maklumat secara keseluruhan mengenai masalah pendatang tanpa izin dan langkah-langkah yang wajar dan perlu diambil.

Menurutnya, kerajaan ingin menyelesaikan masalah ini seperti mana yang disuarakan oleh pemimpin dan rakyat Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s