Pamerkan kupon bayaran untuk mengelakkan disaman

IPOH , 25 Jun (Hrkh) – Pemandu-pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di Jalan Dato’ Sagor depan Masjid Negeri dekat sini dinasihatkan supaya mempamerkan kupon atau bayar caj yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengelakkan daripada disaman.

Seorang pemandu, Wahab Tahir yang meletakkan keretanya sekejap di situ kira-kira jam 8.00 pagi semalam telah disaman oleh penguat kuasa parking kereta Majlis Bandaraya Ipoh walaupun dalam masa singkat, hanya untuk pergi membeli nasi bungkus di gerai sebelah.

“Saya tak sangka pula diawal pagi begitu penguat kuasa Bandaraya Ipoh telah mula bekerja dan sungguh-sungguh menurut perentah,” sungutnya yang singgah di situ sebentar sebelum pergi ke perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri oleh Sultan Perak semalam.

“Saya tahu undang-undang, tapi takkan dalam sekelip mata sahaja di pagi-pagi begitu pun tidak diberi peluang sedikit. Buktikanlah ungkapan yang biasa dilaungkan oleh pemimpin “mesra rakyat” itu kepada rakyat.

“Kalau ia pun gunakanlah budi bicara sedikit, takkan awal-awal pagi begitu sengaja menahan jerat untuk mencari kesilapan dan kelemahan orang lain kerana memang manusia tidak sunyi dari terbuat kesilpan,” katanya.

Katanya, penguat kuasa berkenaan patut diberi sijil khidmat cemerlang, tapi jangan sengaja buat kerja menyusahkan orang ramai. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s