PAS P. Pinang kecewa dengan sikap YDP Maipp

BATU KAWAN, 25 Jun (Hrkh) – PAS Pulau Pinang kecewa Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya tidak berperanan menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Yang Dipertuan Agong sebaliknnya cuba bermain politik dengan menghalakan kesalahan kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) kononnya membiarkan penjualan arak di Karnival Hari Belia Pulau Pinang yang berlangsung di Autocity, Juru semalam.

Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dalam kenyataanya menyifatkan, YDP Maipp ‘makan gaji buta’ kerana hanya memandang tetapi tidak bertindak dengan peruntukan yang ada.

Jelasnya, Maipp boleh bertindak menerusi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996. Kesalahan berkaitan akidah Syeksyen 19(1) meminum minuman memabukkan dendanya dua tahun penjara atau RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Syeksyen 19(2) membuat, menawar, menyimpan, mempamer untuk jualan atau membeli boleh didenda tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

“Beliau orang yang paling berkuasa untuk bertindak terhadap pesalah bukan diam dengan menghentam PAS dan KeAdiLan. PAS bukan ada kuasa tapi Maipp,” ujarnya.

Semalam, Shabudin dalam kenyataanya membidas PAS dan KeAdiLan agar memberikan penjelasan mengapa mereka membiarkan perkara itu walhal kedua-dua parti itu dikatakan memperjuangkan agama Islam dan masyarakat Melayu.

Menurut Shabudin, gerai menjual arak yang dikendalikan oleh golongan muda beroperasi secara terbuka.

Gerai itu ditempatkan bersebelahan pentas utama di mana arak jenis ‘Shandy Anglia’ dijual pada harga RM3.00 untuk dua tin. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s