Petisyen: Mahkamah tolak bantahan awal BN

Oleh Suara Keadilan
Rabu, 25 Jun 2008

KK: Mahkamah Pilihanraya Sabah sebentar tadi menolak bantahan awal oleh calon BN bagi mengenepikan petisyen KeADILan terhadap keputusan pilihanraya bagi Parlimen Pensiangan (P182).

Calon KeADILan, Danny Anthony Andipai 9 April lepas memfailkan petisyen tersebut dan mahukan mahkamah membatalkan kemenangan calon BN, Joseph Kurup.

Kurup dinamakan sebagai responden pertama, manakala responden kedua ialah Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu.

Ketika penamaan calon, Kurup diistiharkan menang tanpa bertanding kerana Anthony dikatakan mengemukakan borang pencalonannya selepas waktu yang ditetapkan.

Tetapi dalam petisyen itu, Anthony berkata dia sampai daslam waktu yang ditetapkan, tetapi Bubudan sibuk menghabiskan masa melayan calon lain menyebabkan dia tidak berpeluang mengemukakan borang sehinggalah pencalonan ditutup pada 9.55 pagi.

Danny juga mendakwa Pegawai Pengurus Pilihanraya itu merancang menggunakan hanya satu kaunter penerimaan kertas pencalonan bagi ketiga-tiga kawasan itu bagi mengelakkan penyerahan kertas pencalonan calon-calon lain supaya Kurup menang tanpa bertanding.

Oleh itu dia mahukan mahkamah mengistiharkan kemenangan Kurup sebagai tidak sah dan batal kerana Bubudan tidak menurut prinsip yang digariskan di bawah peruntukan (perilaku Pilihan raya) pilihan raya 1981.

Petisyen yang sama juga dikemukakan calon bebas Saineh Usau.

Terdahulu Kurup dan Bubudan memfailkan notis bantahan dengan menyatakan bahawa petisyen yang dibuat Anthony tidak mengikut undang-undang yang spesifik.

Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang sebagai Hakim Pilihanraya, David Wang bagaimanapun menolak bantahan oleh calon BN dan menetapkan tarikh bicara pada 10 Julai.

Kurup diwakili Alex Daceana dan Wilson Thai. Manakala Anthony diwakili Ansari Abdullah, Chaw Chin Tang dan Erviana Ansari.

Ansari ketika ditemui di luar mahkamah berkata ia adalah kemenangan pusingan pertama bagi KeADILan dan yakin akan memenangi perbicaraan penuh.

“Kami akan mengemukakan sepuluh saksi,” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s