PM nafi terima laporan risikan tentera terlibat kes bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Memang saya concern (dengan dakwaan penulis MalaysiaToday Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

“Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera . Itu tak betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen hari ini.

Abdullah berkata demikian apabila ditanya mengenai akuan berkanun Raja Petra 18 Jun lepas yang menyebut Perdana Menteri ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes pembunuhan itu.
BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s