Presiden PAS cadang gaji minima, elak kebanjiran pekerja asing

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) hari ini mencadangkan agar kerajaan menerima cadangan MTUC untuk menetapkan gaji minima bagi mengekang kebanjiran tenagas kerja asing di Malaysia.

Semasa bagun bagi mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam (BN Segamat), Presiden PAS berkata, pelaksanaan gaji minimum boleh menarik minta warga tempatan bekerja di sektor tertentu yang kini didominasi oleh warga asing.

Ujarnya lagi, dengan keadaan kos hidup yang meningkat hari ini berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, kerajaan perlu memastikan akta gaji minimum ini dilulus dan dilaksanakan.

Sementara itu menjawab soalan itu, Dr Subramaniam berkata, kerajaan kini sedang mengkaji peruntukan gaji minimum tersebut.

Namun keadaan tertentu di beberapa sektor pekerjaan di negara ini menyebabkan pengambilan pekerja asing tidak boleh dielak.

Namun beliau turut berkata, dalam sektor tertentu tidak dinafikan adanya masalah berhubung gaji yang terlalu rendah yang menyebabkan ia hanya diisi oleh pekerja asing. _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s