Sesi soal jawab, Speaker sekat ‘soalan meleret’

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengawal hujanan soalan-soalan tambahan yang biasanya berbentuk perbahasan atau ulasan di kalangan ahli Dewan Rakyat yang menyebabkan banyak soalan tidak dapat dijawab.

Beberapa orang ahli Parlimen yang cuba menjadikan peluang mendapat soalan tambahan untuk berbahas terpaksa menerima pandangan Speaker supaya soalan meleret diringkaskan.

Beberapa wartawan yang mengikuti sidang dewan pagi ini berasa pelik dengan sikap ‘tegas’ yang ditunjukkan oleh Speaker ketika mengawal sesi soal jawab lisan.

Keadaan itu tercetus dipermulaan sidang apabila Speaker menasihati semua ahli Parlimen agar tidak menjadikan soalan tambahah sebagai peluang untuk bercakap panjang.

Insiden itu tercetus semasa soalan pertama yang dikemukakan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berhubung isu Wilayah Iskandar.

Sebaliknya beliau menasihatkan agar soalan dipendekkan, sambil pihak menteri yang menjawab soalan juga dikehendaki menjawab dengan ringkas dan tepat.

Namun ketika Speaker menasihati sidang dewan itu, Dato’ Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) bangun mencelah dan menyatakan bahawa ahli Parlimen kadang-kadang perlu untuk menyatakan soalan agak panjang bagi menjelaskan maksud soalan.

Begitupun, pandangan Mohammad Aziz itu tidak dilayan Speaker yang tetap dengan keputusannya agar semua ahli Parlimen tidak mengemukakan ‘soalan yang meleret’.

Ketika sesi soal jawab Speaker turut menegur beberapa ahli Parlimen antaranya Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Mojilip Bumburing (Tuaran) kerana berbahas ketika menyatakan soalan tambahan.

Malah paling mengejutkan, Speaker menasihatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Amirsham Abdul Aziz agar tidak menjawab soalan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berhubung isu Petronas.

Soalan tambahan Tajuddin berbunyi, “kenapa tidak Petronas terus memberi wang tunai kepada rakyat untuk rakyat hidup sejahtera seperti apa yang pembangkang mahukan, tak payah nak buat pusat kesihatan”.

Soalan Tajuddin itu menimbulkan kemarahan beberapa ahli Parlimen, malah Speaker membuat keputusan supaya menteri tidak menjawab soalan tersebut.

Dalam sesi soal jawab itu juga Speaker turut menegur Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd Taib agara menjawab soalan berdasarkan apa yang ditanya.

Kemuncaknya, Speaker mengumumkan bahawa hari ini Sidang Dewan mencatatkan sejarah bagi penggal ke-12 apabila berjaya menghabiskan sesi dengan menjawab 13 soalan.

Soalan terakhir disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hussien (PAS- Pasir Puteh) berhubung isu Tabika Kemas dan dijawab oleh Mohammad Taib._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s