Tempah tiket MAS melalui telefon genggam

Oleh Kosmo
Rabu, 25 Jun 2008

KL: Penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menikmati kemudahan menempah tiket penerbangan dengan lebih mudah apabila syarikat itu memperkenalkan sistem tempahan melalui telefon gengam.

Pengarah Urusan MAS, Datuk Seri Idris Jala berkata, sistem itu kini sedang dalam peringkat percubaan dan ia dijangka dilaksanakan sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

“Idea ini tercetus apabila kami melihat kadar penggunaan telefon bimbit di Malaysia kini semakin meningkat.

“Penggunaannya dikatakan lebih meluas meliputi pelbagai lapisan umur dan kosnya lebih murah dan mudah jika dibandingkan dengan penggunaan internet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk ‘Transformation of Malaysian Airlines’ kepada lebih 30 pelajar dan pensyarah anjuran International Business School (IBS) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam.

Idris menambah, pihaknya juga sedang membuat penelitian rapi bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin semasa pengguna melakukan transaksi terhadap tempahan yang dibuat.

“Untuk itu, kami akan bekerjasama dengan pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) supaya dapat membangunkan sistem keselamatan untuk pengguna yang membuat tempahan melalui telefon bimbit,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah timbul sebarang pergeseran antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandez berhubung hala tuju industri penerbangan negara, beliau menjelaskan, tidak ada sebarang pergeseran serius melibatkan kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s