Turki: Bolasepak kuasai dunia

Oleh AP
Rabu, 25 Jun 2008

TENTERA empayar Ottoman yang berpusat di Turki gagal untuk menakluk Vienna di Austria pada zaman kegemilangannya.

Bagaimanapun, 11 pemain bola sepak dari Turki menganggap mereka boleh melakukannya secara simbolik dalam Kejuaraan Eropah 2008.

Ia juga adalah tanggapan yang dikongsi oleh berjuta-juta penduduk Turki yang merupakan pandangan yang mendekati mistik.

Keadaan itu berlaku selepas Turki berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Eropah dan menentang Jerman esok.

Bagi kebanyakan penduduk, kejayaan itu mempunyai ikatan rapat dengan identiti.

“Terdapat satu keadaan yang tidak bertulis di sini di negara ini, keazaman untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Turki boleh melakukannya,” kata seorang ahli akademik Turki, Huseyin Bagci.

“Turki membawa satu kebolehan baru kepada Eropah,” tambahnya.

Jerman mempunyai hampir tiga juta penduduk Turki di mana sebahagiannya berhijrah ke negara itu untuk memperoleh pekerjaan berpendapatan rendah pada tahun 1960-an.

Dua daripada pemain utama Turki iaitu Hamit Altintop dan Hakan Balta dibesarkan di Jerman dan pernah mengharungi sistem bola sepak Jerman dan bermain dengan kelab utama negara berkenaan.

Turki dan Jerman juga mempunyai jalinan tersendiri walaupun terdapat persoalan asimilasi dan perkauman yang menyebabkan berlakunya keganasan.

Pertalian rapat antara kedua-dua negara itu dapat dilihat di tempat seperti di Manolya iaitu sebuah restoran Turki di Frankfurt yang dihiasi dengan bendera Jerman dan Turki.

“Hebat! Perkara yang paling terbaik pernah berlaku kepada kita,” kata seorang pelayan di restoran itu, Celalettin Dagan yang datang ke Jerman ketika dia berumur tujuh tahun.

Menerusi penaklukan di Eropah dengan kebolehan luar biasa pasukan bola sepak, Turki juga juga merasai kekecewannya dalam percubaannya untuk menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU).

Setakat ini, permohonannya untuk menjadi anggota EU masih belum diterima.

“Kegembiraan, Turki menakluk Vienna!”, lapor sebuah akhbar Turki iaitu Hurriyet selepas Croatia dikalahkan menerusi sepakan penalti di Vienna, Austria pada minggu lalu.

Tajuk akhbar itu mengimbas kembali kempen empayar kerajaan Ottoman yang beragama Islam di Eropah dihalang di Vienna pada 1529 dan 1683.

Menjelang kepungan tersebut dilakukan, kehebatan luar biasa tentera Turki dan kecemerlangan ekonominya sedang merosot manakala kedudukan Eropah dalam kedua-dua bidang itu meningkat.

Kebanyakan penduduk Turki masih memperkatakan era kegemilangan Ottoman dan menyalahkan berkuburnya empayar itu kerana campur tangan kuasa penjajah Barat.

Lebih berbelas-belas orang cedera dalam pergaduhan antara peminat selepas perlawanan antara Croatia dan Turki berakhir pada Jumaat lalu.

Turki sudah dikenali mengecapi kejayaan dalam sukan bola sepak apabila menduduki tempat ketiga dalam Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia pada 2002 di Korea Selatan.

Dalam Piala Dunia itu, terdapat pasukan Brazil, Senegal dan Asia yang bertanding.

“Namun, kejayaan di Eropah iaitu pusat bola sepak global adalah lebih penting,” kata seorang guru kimia di Istanbul, Gursoy Delioglu.

Peluang untuk Turki menewaskan pasukan Jerman itu adalah tipis kerana beberapa pemain utama tidak bermain akibat kecederaan dan penggantungan.

Namun, penduduk Turki menaruh harapan ke atas jurulatih Fatih Terim yang dikenali sebagai maharaja kerana dia mengarahkan para pemainnya seperti seorang komander tentera.

Fatih juga menanamkan semangat nasionalis di kalangan pemain-pemainnya.

Setakat ini, Turki melihat kejuaraan itu menerusi bidalan lama iaitu: “Tunjukkan kuasa Turki kepada seluruh dunia.” – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s