Wakil DAP bela Presiden SAPP di Parlimen

KUALA LUMPUR: Sementara dua Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Parti Maju Sabah (SAPP) tidak hadir buat hari kedua di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen hari ini bertindak menjadi pembela kepada Presiden parti itu, Yong Teck Lee.

Ahli Parlimen DAP itu mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu Yong ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Pesisiran Labuan.

Beliau mempersoalkan mengapa selepas beberapa hari menyatakan tentangannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Yong disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Siasatan terhadap Yong oleh BPR itu memeranjatkan kerana isu yang mana beliau dikaitkan itu berlaku beberapa tahun lalu, bukannya sekarang.

“Ini adalah salah guna undang-undang oleh pemimpin untuk mengukuhkan kedudukan politik,” katanya.

SAPP akhir minggu lalu mengeluarkan kenyataan akan membuat usul tidak percaya terhadap Abdullah di Parlimen kerana tidak puas hati dengan layanan yang diberikan kerajaan Pusat terhadap Sabah.

Sambil merujuk laporan akhbar mengenai Yong yang kini sedang disiasat BPR, Chong mempersoalkan mengapa perkara itu tiba-tiba timbul, sedangkan ia tidak menjadi isu sebelum ini sehingga beliau bertindak menentang kepimpinan Abdullah.

Beliau dipercayai akan dipanggil ke pejabat BPR negeri di Kota Kinabalu esok bagi memberikan kenyataan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s