Bekas ADUN ketuai ahli MCA, MIC dan Gerakan masuk PKR

Oleh Bernama
Khamis, 26 Jun 2008

PULAU PINANG: Seramai 351 orang termasuk anggota MCA, MIC dan Gerakan hari ini mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat Lim Boo Chang yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan itu dibuat selepas mengambilkira keadaan politik negara dan memahami objektif politik PKR.

“Permohonan kami untuk menyertai PKR telah diterima oleh parti itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari Rabu.

Beliau berkata mereka memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik sederhana dan telus serta berminat dengan objektif parti menentang rasuah, kronisme dan nepotisme.

“Tindakan kami menyertai PKR adalah demi kepentingan awam,” katanya yang sebelum ini menganggotai MCA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s