Belia dijemput sertai pertandingan bolasepak 9 sebelah KeADILan

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 26 Jun (Hrkh) – Angkatan Muda KeAdiLan Bahagian Kepala Batas akan menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah piala Timbalan Ketua Menteri pada 28 Jun bertempat di Komplek Sukan Bertam, Kepala Batas bermula 8.00 pagi.

Demikian kata Ketua Bahagian KeAdiLan Bahagian, Zaini Awang pada Harakahdaily petang semalam.

Menurutnya, kejohanan julungkali itu menghadkan kepada 32 pasukan terbuka pada mana-mana pasukan yang berminat.

“Saya mengucapkan pada AMK Bahagian Kepala Batas kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang menjadi kesukaan anak-anak muda sekarang ini tambahan lagi ia diadakan di suasana Euro sedang berlangsung, ” tegasnya.

Baginya, tujuan utama kejohanan itu adalah untuk memupuk semangat persahabatan tanpa mengira apa kaum sekalipun.

Di samping itu, ia juga bermatlamat menarik lebih ramai anak muda menyertai KeAdiLan yang bergerak bukan sahaja semasa pilihanraya bahkan dalam bidang kebajikan dan sebagainya.

Setiap pasukan dikenakan RM100.00 dan johan akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib johan RM700.00, ketiga RM400.00 dan tempat ke empat sebanyak RM100.00.

Untuk makluman lanjut boleh menghubungi Ketua AMK Bahagian, Amirzudin Ahmat ditalian 016-4695343 atau Setiausaha AMK Bahagian, Asrul Sani 016-4313381. – mr_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s