Bimbang PAS berpecah: Nik Aziz enggan berunding dengan UMNO

Oleh Bernama
Khamis, 26 Jun 2008

KB: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan pemimpin Umno bagi mengelak perpecahan dalam PAS sendiri.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, sebarang perundingan dengan parti lawan itu hanya akan memecahbelahkan PAS kerana ada di kalangan anggota PAS yang tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Terhadap ura-ura yang mengatakan saya akan mengadakan perundingan dengan Umno, ini saya nak jawab, tak akan ada perjumpaan dengan Umno.

“Kita tak mahu nanti timbul perpecahan dalam PAS sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Beliau berkata PAS perlu menjaga hati anggota dan juga penyokong parti itu selain tidak mahu Muktamar PAS yang akan datang menjadi medan melepaskan kemarahan anggota parti yang tidak setuju dengan cadangan itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata kerajaan negeri hari ini merangka beberapa lagi langkah penjimatan yang akan dilaksanakan serta-merta.

“Kerajaan negeri Kelantan telah lama mengamalkan langkah penjimatan dan ia dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam, iaitu jangan boros dan juga jangan kedekut dalam mengurus kewangan kerajaan,” katanya.

Antara langkah penjimatan itu ialah semua penerbangan pegawai kerajaan perlu menggunakan kelas ekonomi kecuali bagi kes kesihatan dan tuntutan elaun exco kerajaan negeri dihadkan.

Nik Aziz berkata pembiayaan program yang dianjur kerajaan negeri dikurangkan sebanyak 30 peratus daripada biasa dan program hendaklah diadakan di dewan-dewan milik kerajaan negeri.

Selain itu, penjimatan elektrik di semua pejabat kerajaan pada waktu rehat kecuali ada staf yang bertugas dan juga penjimatan dari segi pembelian peralatan pejabat.

“Kerajaan juga akan memberhentikan segera projek naik taraf yang tidak perlu. Pekeliling mengenainya akan diedar dalam dalam masa terdekat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s