Gelora PKR Selangor: Ada cahaya di hujung terowong

Oleh Wartawan KLpos.com,
Khamis, 26 Jun 2008

PJ: Ada cahaya dihujung terowong; begitulah kata sumber KLpos.com, mengenai hasil mesyuarat Biro Politik PKR dengan Ketua-Ketua Bahagian PKR Selangor.

Menurut sumber tersebut, semuanya selesai dalam keadaan aman damai.

Dalam kata lain, desakan untuk meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan ditarik balik.

“Anwar dah basuh semua, nampaknya sehingga kini okay, tidak tahu la kalau esok lusa ada cerita baru,” kata sumber terbabit.

Sementara itu, Mstar melaporkan, Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula pukul 9.00 malam semalam dipercayai membincangkan kemelut kepimpinan yang dihadapi parti itu di Selangor.

Menurut sumber, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat tertutup itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Kira-kira 45 minit selepas mesyuarat itu bermula, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan bangunan Pejabat PKR.

Bagaimanapun jurucakap PKR memberitahu media bahawa ahli mesyuarat PKR menetapkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang dibincangkan.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR serta ketua-ketua Bahagian PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s