Harakah disaran sediakan kolum berbahasa Cina

Posted by SM Maulana

Izwan Abdul Halim – Harakah Daily
YAN, 26 Jun (Hrkh) – Akhbar Harakah dan Warta Darul Aman diseru menyediakan kolum berbahasa Cina kerana masyarakat Tionghua tidak mahu ketinggalan mengikuti maklumat berkaitan segala aktiviti dan tindakan yang diambil oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kedah.

Permintaan itu disuarakan oleh Pengerusi Komuniti Masyarakat Tionghua, Michael Lee Kooi Kong pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kedah Bersama Masyarakat Tionghua di Dun Guar Chempedak malam kelmarin.

Jelas beliau, masyarakat Tionghua khususnya ahli Kelab Penyokong PAS amat menyedari kekangan media arus perdana kepada PAS dan Kerajaan Negeri.

Dalam ucapan aluan beliau pada majlis tersebut, Michael turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah dari masyarakat Tionghua kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kerana telah menyelesaikan banyak masalah dengan penuh berhemah.

Michael dalam ucapannya turut memohon Kerajaan Negeri melantik wakil masyarakat Tionghua sebagai Ahli Majlis Daerah Yan selain meminta penjelasan mengenai beberapa dasar Kerajaan Negeri yang baru.

“Kami masyarakat Tionghua amat tertarik dan berbangga dengan isu dan impian Menteri Besar untuk menjadikan negeri yang kita cintai ini sebagai “Belanda Malaysia”.

“Sebenarnya YAB, kami amat inginkan penjelasan bagaimana pelaksanaannya akan dibuat.

“Yang paling penting, kami ingin turut serta bagi sama-sama membantu YAB dan Negeri Kedah bagi merealisasikan hasrat YAB,” ujar beliau.

Tegasnya, sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat Tionghua yang menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan, mereka menawarkan pengalaman dan kebolehan untuk sama-sama menjayakan misi murni Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Michael yang ditemui Harakah selepas majlis tersebut memberitahu wujud permintaan agar media PAS dan Kerajaan Negeri mengadakan kolum berbahasa Cina.

Menurutnya, masyarakat Tionghua khususnya warga emas lebih berminat membaca dalam Bahasa Cina dan ada pula yang tidak dapat memahami Bahasa Melayu.

“Kadang-kadang tanpa tulisan Cina masyarakat kurang tertarik untuk membaca. Mereka akan tengok gambar sahaja,” maklumnya.

Ditanya sambutan masyarakat Tionghua kepada Harakah, beliau menjelaskan masyarakat Tionghua memang membaca Harakah.

“Orang Cina pergi beli, kadang-kadang dia beli empat naskhah, enam naskhah sebab dia mau bagi kawan,” ujarnya yang turut menegaskan kolum berbahasa Cina akan lebih mampu menarik lebih ramai pembaca. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s