Isu ‘hero’ cetus kekecohan dalam Dewan

Posted by SM Maulana

Intan Abdullah – Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) – Topik ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera telah mencetuskan kekecohan di dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Ia didakwa oleh Menteri Pembangunan Awam dan Koperasi, Dato’ Mohd Noh Omar ketika diajukan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta pihak kementerian menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan kepada golongan bukan bumiputera terutamanya kaum India.

Namun, Noh dengan sengaja menuduh Siti Mariah sebagai ingin menjadi hero kepada golongan bukan bumiputera yang menurutnya sebelum ini biasanya diutarakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

“Biasanya isu bukan bumiputera ini dijuarai oleh YB Ipoh Timur, tapi kali ini seolah-olah Kota Raja ingin menjadi hero untuk membela golongan ini.

“Kerajaan tetap menyediakan peruntukan yang khusus kepada golongan bukan bumiputera tanpa menjadikan isu perkauman sebagai penghalang kepada penyaluran bantuan kepada mereka,

“cuma pembangkang sahaja yang sering menuduh kerajaan mengambil kesempatan memainkan isu perkauman ini,” ujarnya sambil disambut suara yang tidak berpuas hati dengan kenyatan tersebut.

Tegasnya lagi, hal tersebut membuktikan bahawa pihak pembangkang yang sebenarnya sengaja mencetuskan isu perkauman ini sebaliknya BN tidak bersifat perkauman.

Kenyataan Noh tersebut mencetuskan kegawatan dalam dewan sehingga menyebabkan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangkit mengemukakan ‘point of order’ yang menyatakan tuduhan Noh tersebut sebagai menyeleweng daripada fakta yang sepatutnya.

“Itu satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab kerana yang jelas pembangkang tidak membawa isu perkauman seperti BN dan Umno yang memperjuangkan kaum.

“Saya minta YB tarik balik tuduhan tadi,” tegasnya.

walau bagaimanapun, Speaker yang bertugas, Dato’ Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak permintaan tersebut dan pada masa sama Noh mendesak agar Khalid duduk dan tidak bersuara lagi. – mns_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s