Kedah labur RM4 juta untuk syiling ‘Dinar dan Dirham’

Oleh Berita Harian
Khamis, 26 Jun 2008

ALOR STAR: Kerajaan Kedah sudah melabur RM4 juta melalui agensi kerajaan negeri untuk mengeluarkan syiling peringatan yang dinamakan “Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah” bagi menjayakan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata pelaburan itu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM3 juta dan Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) sebanyak RM1 juta.

“Pelaburan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan prinsip pelaburan Islam yang membawa kepada pulangan yang halal dan tidak melibatkan riba,” katanya sempena Majlis Pelancaran Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah di sini, semalam.

Azizan berkata konsep pelaburan dinar emas ini juga berlandaskan mudharabah atau perkongsian keuntungan yang akan menggalakkan pembangunan ekonomi ummah dan sistem perdagangan yang adil dan saksama.

Sementara itu, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, penghasilan dinar dan dirham tersebut adalah hasil kerjasama IGDX Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya iaitu E-Qirad Sdn Bhd dan K-The Gold Sdn Bhd serta PKNK dan YIKED.

“Syarikat ini akan mengeluarkan 200 unit pakej khas bersiri Dinar dan Dirham Mu’adzam Shah yang bernombor siri dan akan dijual secara lelongan pada Ogos nanti,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s