Landskap Putrajaya: Sebulan RM1.5 juta

Oleh Bernama
Khamis, 26 Jun 2008

KL: Penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja RM1.5 juta atau RM18 juta setahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di sini, hari ini.

Dalam isu lain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata bilangan anggota polis yang mati semasa menjalankan tugas bagi tempoh 2003 hingga 2007 adalah seramai 52 orang iaitu lima orang pegawai polis dan 47 orang anggota panggat rendah.

“Bilangan anggota polis yang cedera semasa menjalani tugas bagi tempoh yang sama adalah seramai 153 orang iaitu 16 orang pegawai polis dan 137 orang anggota berpangkat rendah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s