MB Pakatan diminta sertai protes 6 Julai

Usaha sedang dibuat untuk membawa semua menteri besar dan ketua menteri kerajaan Pakatan Rakyat, exco negeri dan wakil rakyat Pakatan untuk menghadiri himpunan aman protes sejuta rakyat membantah kenaikan harga minyak 6 Julai depan.

“Ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun lalu,” kata Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (Protes).

Dalam satu kenyataan hari ini, Protes berkata, persiapan sedang lancar dijalankan untuk mengadakan himpunan tersebut bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya.

Menurutnya, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk peserta himpunan tersebut.

Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti, tambahnya, adalah untuk memaklumatkan rakyat mengenai isu harga minyak, agihan kekayaan Petronas, salahguna kuasa dan salah urus kewangan negara yang mengakibatkan rakyat menjadi mangsanya.

Satu pidato penerangan akan disampaikan oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung dalam Protes.

Hak berhimpun

Protes juga menyifatkan ahi-ahli Parlimen yang menyokong usul kerajaan menaikkan harga minyak yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun lalu, sebagai mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat.

Menurut kenyataan itu lagi, Protes melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen “semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat.

Justeru, Protes mendakwa, usul tersebut merupakan satu usaha bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan, Protes menggesa rakyat, tanpa mengira ideologi politik, agar menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda protes rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

“Protes sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia.

“Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh perlembagaan negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s