Nasha nafi berunding dengan Najib

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini menafikan telah mengadakan pertemuan sulit dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

Menurutnya, beliau tidak menemui Najib, yang timbalan perdana menteri, di London atau di tempatlain – seperti yang dispekulasikan baru-baru ini.

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno.

Baru-baru ini tersebar spekulasi bahawa Umno dan PAS telah mengadakan perbincangan sulit yang mungkin menyaksikan PAS menyertai Barisan Nasional (BN).

PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP, yang ditubuhkan selepas barisan pembangkan berjaya menawan lima negeri dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pakatan Rakyat yang memenangi 82 kerusi Parlimen, juga telah menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Semalam, Mursyidur Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan pemimpin Umno bagi mengelak keretakan dalam PAS.

Menurutnya, sebarang langkah mengadakan rundingan dengan Umno akan hanya memecahbelahkan PAS kerana sebahagian ahli menentangnya.

Sementara itu, Najib pula ketika ditanya mengenainya dalam satu sidang akhbar di Parlimen berkata: “Saya tidak perlu menjawab sebarang soalan (mengenainya)”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s