NGO Arab Saudi bantu 818 lelaki kawin ‘free’ libatkan kos RM21 juta

Oleh Agensi
Khamis, 26 Jun 2008

RIYADH – Satu badan amal di Arab Saudi membelanjakan berjuta-juta dolar bagi membantu beratus-ratus pasangan melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis besar-besaran pada malam kelmarin kerana inflasi meningkatkan kos untuk berkahwin, lapor sebuah akhbar semalam.

Seramai 818 pengantin lelaki hadir tanpa pengantin perempuan di satu majlis yang ditaja oleh satu pertubuhan amal diketuai oleh Gabenor Riyadh, Putera Salman dan syarikat swasta.

“Majlis pada hari ini menelan belanja sebanyak AS$6.4 juta (RM21 juta),” kata Salman dalam ucapannya.

Dalam majlis itu, pasangan pengantin akan diberikan perabot, penginapan dua hari di sebuah hotel, insurans kereta dan sebahagian daripada wang hantaran perkahwinan.

Kebanyakan daripada pengantin memberitahu bahawa tanpa bantuan itu mereka tidak mampu berkahwin kerana kekurangan wang yang diburukkan lagi dengan kadar inflasi yang mencapai 10.5 peratus pada April lalu.

Seorang pengantin, Fahd al-Dosary, 24, berkata, kebanyakan daripada mereka tidak mampu untuk berkahwin kerana kos perkahwinan boleh mencecah sehingga AS$26,708 (RM87,137).

“Keadaan adalah sukar kerana kami mesti mempunyai pekerjaan dan memiliki rumah serta kereta,” katanya.

Seorang lagi pengantin, Ali al-Sharhani, 22, berkata, keluarga perempuan meminta wang hantaran melebihi kemampuan rakyat biasa.

“Ada keluarga yang mempunyai lima atau enam anak perempuan yang masih belum berkahwin. Masalah wanita yang tidak berkahwin semakin buruk kerana kos wang hantaran yang tinggi,” katanya.

Perkahwinan itu merupakan kali pertama diadakan di Riyadh dan satu lagi majlis yang sama dirancang diadakan di Taf berhampiran Mekah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s