PKR: Adik Anwar letak jawatan 24 jam

Ahli keluarga terdekat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan jawatannya secara mengejut daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat besar milik kerajaan Selangor, semalam.

Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.

Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu “mencemarkan imej” beliau dan parti, kata mereka.

Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu.

Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu.

“Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti,” kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam.

Bekas setiausaha politik Anwar itu berkata pelantikan saudara kandung mantan timbalan perdana menteri itu dibuat “beberapa minggu, bulan lalu”.

“Apakah betul ada ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi penasihat KDEB?

“Saya mahu penjelasan mereka sebelum saya membuat kenyataan lanjut,” kata bekas ketua Angkatan Muda PKR itu kepada media selepas ceramah ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di Sungai Besi malam tadi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar.

Difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.

2 thoughts on “PKR: Adik Anwar letak jawatan 24 jam”

  1. Alahai si ezam ini…dah lagi terror sejak jadi belaci umno. engkau ingat tak kes rasuah 600 muka yg kununnya engkau hantar pada pak lah itu?. atau ini pura-pura saja supaya engkau dapat jumpa pak lah bincang pasal masuk umno?.

    Ingat lagi masa pilihanraya kecil Ijok, di Pekan Batang Berjuntai, engkau cakap engkau ada bukti Samy Vellu rasuah. Ingat lagi tak?. AKu tanya engkau ini?. Mana dia. Kenapa tak cakap pasal itu sekarang ini??. Munafik ke engkau. Memang kaki temberang habis.

    Pasal Kak Fidah, apa cerita, hello kawan apa senyap aje?. Malulah. Tengok diri sendiri kan cermin. Pasal Khalil Yaakob, kes balak, mana senyap aje?. Engkau temberang lagi ya!!. Memang bangsat engkau ini. Penipu selama ini. Aku engkau cakap engkau betul, sah menipu. Sekarang ini nak jatuhkan pulak PR Selangor. Buruk betul perangai engkau ini.

    Engkau cakap nak reform umno, rupa-rupanya…nak menjatuhkan kerajaan PR pulak. Munafik engkau ini. Dah masuk tong najis macam mana nak reform. Sama-sama dah bernajis.

    Kenapa tak cakap pasal kenaikan harga minyak yg cukup membebankan rakyat. Inilah isu yg paling besar sekarang di negara. kenapa tak cakap pasal ini?. Engkau sokong kenaikan minyak. Engkau menyokong kezaliman pada rakyat. Ramai rakyat jatuh miskin dan papa sebab minyak naik. Engkau tahu tak?. Engkau tak sedar ini sebab engkau dan terpalit najis. Munafik engkau.

    kenapa tak cakap pasal kes altantuya. Ini kes besar melibatkan pemimpin umno dan negara. kenapa cakap benda yg non-issue. Kes Altantuya kes besar. Apasal senyap…munafik engkau.

  2. Hi ,
    looks like Ezam is up to his no good again,
    remember what he did to Nurul while Anwar
    was in Sungai Buluh. Thank God this fellow is not
    with PKR anymore.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s