Polis Kelantan henti saman penunggang berserban

Oleh Kosmo
Khamis, 26 Jun 2008

KB: Polis Trafik Kelantan akan menghentikan pengeluaran saman terhadap penunggang motosikal beragama Islam yang memakai serban sehingga mendapat arahan lanjut daripada Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bahagian perundangan Bukit Aman kini sedang mengkaji untuk membuat penetapan mengenai bentuk serban yang boleh dipakai tanpa penunggang motosikal perlu memakai topi keledar.

Menurut beliau, pengecualian pada masa ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemakai serban saja dan tidak membabit mereka yang memakai pelbagai hiasan yang menutup kepala lain termasuk semutar atau kopiah.

“Jika sesiapa didapati tidak memakai topi keledar atau serban ketika menunggang motosikal mereka akan tetap dikenakan saman,” kata beliau.

Semalam akhbar melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin selepas disaman kerana tidak memakai topi keledar, tetapi memakai serban.

Peguam tertuduh, Ahmad Rizal Effande Zainal telah mengemukakan kepada mahkamah dokumen yang terkandung dalam Pemberitahuan Pengecualian 1975 kepada penunggang motosikal yang mengecualikan mereka memakai topi keledar iaitu mereka yang bergelar haji, hajah, lebai dan yang beragama Sikh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s