Projek monorail, PORR ditangguhkan

Dari Malaysiakini:-
Projek monorail bernilai RM2 bilion dan Jalan Lingkaran Luar (PORR) di Pulau Pinang telah ditangguhkan, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Bernama, projek-projek projek pembangunan akan disusun semula dengan memberi keutamaan kepada projek mesra rakyat.

Projek-projek lain yang turut terbabit termasuklah pembinaan tugu peringatan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pagi ini, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa kerajaan pusat akan meneruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan di semua negeri.

Katanya, projek-projek pembangunan bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dan ekonomi negara.

Keutamaan, katanya, akan diberikan kepada projek mesra rakyat yang menyediakan kemudahan asas dan memberi faedah secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, membasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos rendah dan keselamatan awam.

Abdullah menegaskan demikian ketika membentangkan kajian separuh penggal RMK9 di Dewan Rakyat.

Beliau juga tidak menyentuh tentang peruntukan bagi projek monorail dan PORR yang ditangguhkan itu.

Dalam rancangan asalnya, yang diancarkan pada 2006, dua projek tersebut adalah antara yang dijanjikan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di negeri tersebut.

Sementara itu, Abdullah mencadangkan peruntuan bagi RMK9 ditambah sebanyak RM30 bilion, menjadi RM230 bilion.

Katanya, pertambahan peruntukan tersebut diperlukan bagi menampung kenaikan kos pelaksanaan projek ekoran kenaikan harga bahan binaan, serta keutamaan baru seperti pembangunan koridor ekonomi dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.

Menteri: Bukan diskriminasi
Sementara itu, Bernama memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai berkata, keputusan menangguhkan dua projek mega Pulau Pinang dalam RMK9 tidak bererti kerajaan persekutuan mengamalkan diskriminasi terhadap negeri tersebut.

“Kita tidak mempertimbangkan (projek itu) buat masa ini sebab ada kekangan tertentu. Sesetengah projek mungkin dipertimbangkan semula, mungkin dalam RMK10,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan akan meneruskan projek yang memberi manfaat kepada rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi.

“Bagi kita, tiada diskriminasi. Kita memberikan pertimbangan atas dasar projek-projek ini adalah bagi kepentingan rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Tentang defisit fiskal dalam RMK9, Amirsham berkata: “Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, kita mahu mengekalkannya. Malah, kita mahu mengurangkannya
kepada 3.1 peratus”.

Beliau berkata negara akan dapat mencapai sasaran defisit fiskal itu dalam RMK9 meskipun ada peruntukan tambahan dalam rancangan itu.

Amirsham berkata Abdullah akan mengumumkan sasaran defisit fiskal itu Ogos depan semasa membentangkan Bajet 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s