Tajul Rosli ‘tunjuk belang’ dalam dewan

Johari Jaafar

IPOH, 26 Jun (Hrkh) – Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Tajul Rosli Ghazali, hari ini menuunjukkan ‘belang’ sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak dengan menjadikan PAS dan DAP sebagai sasarannya untuk ‘melepaskan geram’ setelah `rakyat menghukum dan menyingkirkan BN daripada pemerintah negeri Perak.

Sepanjang ucapannya hampir satu jam beliau menghalakan ‘tikaman’ kepada PAS khususnya kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan mensasarkan pula kepada DAP khususnya kepada Adun Sitiawan, Dato’ Nge Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Ucapan tersebut yang sewajarnya untuk menyokong titah ucapan Paduka Seri Sultan Perak telah dijadikan alat untuk melepaskan geramnya untuk membangkitkan isu remeh temeh yang telahpun basi.

Beliau membangkitkan isu Menteri Besar Perak ada membuat kenyataan Tajol Rosli tidak bersalam dengannya, sedangkan isu sebenarnya Menteri Besar Perak menjelaskan Tajol Rosli tidak pun melakukan serahan tugas secara rasmi seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Satu lagi isu yang dibangkitkannya ialah isu Pengarah Jabatan Agama Islam yang kini telahpun dilupai oleh orang ramai, tetapi bekas Menteri Besar itu ‘menghidupkannya kembali’ dan menggunakan dewan untuk ‘menyerang’ DAP dan Menteri Besar Perak.

Selain itu isu kafir telah dihidupkan semula oleh Tajol Rosli, kononnya pemimpin PAS telah mengkafirkan pemimpin Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC, tetapi sekarang PAS dan DAP sudah berkawan baik.

Isu yang ditengahkan bekas Menteri Beasar itu sudak tidak relevan lagi dan dianggap sudah lapok.

Dalam sidang dewan tersebut beliau cuba menjadi ‘jaguh’ untuk mempertahan dan membela akhbnar Utusan Melayu, dalam masa sama menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan kebebasan media apabila bertindak memboikut akhbar tersebut.

Beliau menyerang DAP kononnya peranan DAP yang telah membawa kepada Kerajaan Pakatan memboikat Utusan dan tindakan memboikat akhbar Utusan katanya bertujuan untuk menutup akhbar milik Melayu.

“KIta akan mempertahankan Utusan, di mana-mana program kita, kita akan beli akhbar Utusan dan sebarkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Beberapa orang yang ditemui selepas sidang itu mendakwa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu seolah-olahnya berupa konspirasi antara Utusan dengan Umno untuk memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat. – mns _

One thought on “Tajul Rosli ‘tunjuk belang’ dalam dewan”

  1. Sdr. Johari Jaafar, Tajul Rosli is a ‘ wounded tiger ‘. Hendak lepas geram dan frust sahaja. Ucapan nya kosong. Seperti pemimpin2 UMNO yang lain masih lagi dalam delima ‘ denial syndrome ‘. Therefore, just forget about him. Memang sudah tidak ada ‘ taring dan kuku ‘ walau pun semasa berkuasa lagi. Kerjanaya adalah ‘ bodek dan jilat ‘ sahaja. sejak di zaman Anwar , Mathir dan Dollah . Salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s