Tok Guru Rasmi Pajak Gadai Islam (Ar Rahn) Pertama Di Luar Kelantan

PAJAK Gadai Islam atau Ar Rahn pertama di luar Kelantan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam. Pajak gadai yang terletak di Jalan Raja Laut berhadapan dengan Pejabat Agung Pas itu merupakan cawangan ke 12.

Ar Rahn yang mula ditubuhkan pada tahun 1992 kini mempunyai 11 cawangan meliputi seluruh daerah di Kelantan.

Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Yahya Wan Salleh cawangan kedua dan ketiga di luar Kelantan akan ditubuhkan di Bangi dan Rawang Selangor.
Selain itu Ar Rahn juga akan dikembangkan di beberapa bandar besar seperti Alor Star, Penang tidak lama lagi.

Penubuhan Ar Rahn sebagai alternatif dan tanggungjawab fardu kifayah untuk menyelamatkan umat Islam terperangkap dalam kredit konvensional yang terlibat dengan riba.

Turut hadir sama ialah Speaker DUN Kelantan Nasaruddin DAud, timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan beberapa ahli Exco Kelantan serta Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim dan ahli Parlimen Rantau Panjang Zailah Yusuf. Foto atas: Nik Aziz tiba di perkarangan Ar Rahn di Jalan Raja Laut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s