Wan Azizah ajak semua hadir ke Malam Himpunan Rakyat Anti ISA

Oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Khamis, 26 Jun 2008

KL: 26 Jun adalah Hari Menentang Penyeksaan Sedunia (International Day Against Torture) yang disambut oleh seluruh dunia dengan tema tahun ini “Hapuskan Penyeksaan” (Erase torture).

Kami dari Pakatan Rakyat mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar segala penyeksaan dan penderaan yang berlaku di seluruh pelusuk dunia, baik disebabkan oleh perang mahupun hasil daripada pentadbiran kuku besi rejim pemerintah sendiri, ditamatkan segera atas prinsip kemanusiaan dan keadilan sosial.

Setakat hari ini, hanya 142 buah negara mengiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Tidak Berperikemanusiaan, dan amat dikesali Malaysia adalah salah sebuah negara yang tidak mengiktiraf konvensyen tersebut.

Adakah Kerajaan Malaysia tidak bersedia mengiktiraf konvensyen yang sudahpun diterima oleh negara-negara ASEAN lain seperti Cambodia, Indonesia dan Filipina?

Hakikatnya, cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditolak dan penderaan dalam tahanan terus berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikekalkan dan menyaksikan penyeksaan terbaru ke atas Sanjeev Kumar di Kem Kamunting dalam penahanan 60 hari pada Mac tahun ini.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah berkali-kali mengemukakan usul serta pertanyaan berkenaan ISA dalam sidang parlimen lepas, namun semua ini telah ditolak oleh Dewan, antaranya termasuk pertanyaan saya sendiri berkenaan tahanan pemimpin Hindraf dan 20 tahanan yang mencapai 6 tahun.

Kami akan meneruskan segala usaha untuk mendesak Kerajaan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA yang mencabuli hak asasi manusia dan melanggari prinsip demokrasi.

Akhirnya saya menyeru agar semua lapisan masyarakat yang cintakan keadilan sosial dan kemanusiaan untuk hadir program Malam Himpunan Rakyat Anti ISA yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu ini (28 Jun).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s