“Wang masuk akaun PKR, akan diagihkan sama rata kepada kerajaan, PAS dan DAP” MB

Oleh Utusan
Khamis, 26 Jun 2008

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) bercadang akan mengagihkan wang yang dikutip daripada syarikat swasta sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor ke dalam akaun kerajaan negeri termasuklah akaun DAP dan Pas.

Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan yang akan dibawa ke dalam mesyuarat parti itu malam ini kemungkinan akan diputuskan bagi mengelakkan timbul sebarang tanggapan negatif daripada semua pihak termasuklah rakan sekutu parti itu.

“Kita akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat perhubungan PKR Selangor malam ini.

“Mengikut cadangan kita, wang berkenaan akan dipulangkan kepada kerajaan negeri dan selebihnya kita akan agihkan seperti mana yang dipersetujui oleh semua parti Pakatan Rakyat.

“Bagaimanapun, apa-apa keputusan mengenai wang sumbangan ini kita akan putuskan malam ini,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan wang sumbangan yang dikutip daripada syarikat-syarikat swasta bagi tujuan membiayai sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor ke dalam akaun PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s