YB Umno tak prihatin masalah nelayan

Zaili Muhammad
MELAKA, 26 Jun (Hrkh) – PAS Melaka membidas tindakan wakil rakyat Umno bagi DUN Kuala Linggi yang menafikan masalah yang dibangkitkan oleh nelayan berikutan kerja perlombongan bijih timah di persisiran pantai Kuala Sungai Baru, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman dalam kenyataannya semalam menasihatkan para nelayan di Kuala Sungai Baru, agar tidak membuat andaian yang tidak jelas berhubung isu alam sekitar ekoran kerja-kerja mengorek bijih timah di kawasan perairan Selat Melaka berhampiran daerah tersebut.

Katanya, nelayan hanya boleh membuat andaian dan pelbagai gambaran mengenainya memandangkan ia tidak disokong oleh mana-mana kajian alam sekitar mengenainya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, Adun ini tidak peka kepada realiti sebenar yang berlaku kepada nelayan di kawasan tersebut sedangkan banyak keluhan dan aduan yang telah dibuat.

“Memang pandai Adun ini bercakap dan memberikan pendapat macam professor universiti terkenal atau umpama seorang environmentalist terkenal.

“Sedangkan, sebelum ini Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Ab. Samad Ab. Malek mengatakan pendapatan nelayan berkurangan sehingga 30 peratus sejak operasi penggorekan bijih timah di kawasan berkenaan dimulakan kira-kira empat bulan lalu,” kata Sofi.

Beliau mempersoalkan, apakah Ismail ingin menafikan fakta yang dinyatakan oleh nelayan di atas, fakta tersebut bukannya ‘andaian’ tetapi jelas pendapatan yang mereka perolehi sekarang, jauh berbeza dengan apa yang mereka perolehi sebelum projek ini dijalankan.

“Kita harap wakil rakyat BN ini dapat mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya demi untuk kesejahteraan nelayan di kawasan tersebut yang kian sengsara kerana kurangnya pendapatan harian mereka.

“Apatah lagi sekarang ini harga minyak dan barangan harian sudah naik dengan mendadak,” kata beliau dengan nada kesal. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s