50 saja demo anti-minyak

Kira-kira 50 orang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid Negara di ibu negara selepas solat Jumaat tengah hari ini.

petrol protes signature drive masjid negara 270608 03Selain ucapan beberapa pemimpin pembangkang, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) juga mengumpulkan tandatangan untuk diserahkan kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Dalam ucapannya, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau tidak boleh menerima pengumuman perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberikan subsidi tambahan.

“Dakwaan bahawa ia (kenaikan harga minyak) kerana globalisasi tidak boleh diterima kerana harga minyak di Venezuela cuma US$16 dolar setong.

“Globalisasi boleh diterima jika negara kita pengimport minyak,” katanya, yang mengetuai gabungan baru itu.

Beliau berkata Geramm yakin akan mendapat sejuta tanda tangan sebagai tanda membantah kenaikan harga minyak awal bulan ini.

Katanya, sejak dilancarkan, kira-kira 10,000 tandatangan telah terkumpul dan berharap sasaran sejuta akan tercapai seberapa cepat yang boleh.

Manakala esok, tambahnya, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengedarkan risalah di beberapa tempat di ibu negara mengenai kesan kenaikan harga minyak dan kesannya kepada rakyat.

“Antara kawasan yang dikenal pasti ialah KLLC, Ampang Park, dan Bukit Bintang dan mereka berjalan sebelum berakhir di kompleks membeli-belah Sogo,” katanya.

Turut hadir, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Mereka menggesa orang ramai hadir di lapangan dengan pusat membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 6 Julai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s