“Ayuh bersatu singkir pemimpin yang bawa celaka” Mahathir

KL: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengulangi gesaannya kepada anggota Umno supaya bersatu dan ‘menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara’.

Gesaan itu seolah-olah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sambil merujuk kepada prestasi Umno yang mengecewakan dalam pilihan raya Mac lalu.

Ini sedang cawangan-cawangan Umno di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pemimpinnya tidak lama lagi.

‘Umno hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

‘Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden,’ kata Dr Mahathir.

‘Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara ke arah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.

‘Dibawah kepimpinan Presiden ini Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008,’ tambahnya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ulasan terbarunya dalam bahasa Melayu, yang diisarkan di blognya, http://www.chedet.com, semalam dengan tajuk ‘Perpaduan’.

Menurutnya, perpaduan dalam Umno ‘sudah berkecai’, parti-parti komponennya juga kalah di Semenanjung Malaysia dan Umno tidak lagi dianggap relevan di kalangan generasi muda di negara itu.

‘Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan… Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,’ kata beliau.

‘Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan… Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,’ kata beliau.

‘Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya,’ tegasnya.

One thought on ““Ayuh bersatu singkir pemimpin yang bawa celaka” Mahathir”

  1. Sekarang nie, kita berada dalam kemelut krisis ekonomi yang serius..

    Mampukah kita menghadpainya dengan kepimpinan yang ade sekarang? Saya rasa, kita mungkin kena belajar makan ubi rebus dan keledek untuk menghadapi zaman-zaman kemelesetan ekonomi kali ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s