“Belum ada pengganti Rashid” Nazri jawab Wan Azizah

Oleh Bernama
Khamis, 26 Jun 2008

KL: Kerajaan belum membuat sebarang cadangan mengenai calon untuk menggantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman selepas perkhidmatannya tamat hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat bila tiba masanya nanti.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menimbang pelantikan seorang hakim dalam perkhidmatan menjadi pengerusi SPR selepas persaraan Abdul Rashid nanti.

Abdul Rashid yang bersara wajib pada 31 Dis lepas disambung perkhidmatannya selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi membolehkan umur persaraan anggota SPR dilanjutkan daripada 65 kepada 66 tahun Disember lepas.

Beliau yang menyambut ulang tahun ke-65 pada 31 Dis lepas telah memegang jawatan pengerusi SPR sejak 2000. Sebelum itu beliau bertugas sebagai Setiausaha SPR dan berpengalaman menguruskan tujuh pilihan raya umum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s