K’jaan diingatkan jangan ulangi kesilapan

Gerakan mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memberi keutamaan kepada projek yang memanfaatkan rakyat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ekoran kenaikan harga minyak dan makanan, tetapi mengingatkan kerajaan supaya jangan mengulangi kesilapan lalu.

Menurut parti itu, langkah memberi keutamaan kepada projek-projek seperti program makanan, pembinaan jalan luar bandar dan sekolah, rumah kos rendah, latihan vokasional dan teknikal adalah langkah yang betul.

Bagaimanapun, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Lum Weng Keong, kerajaan mesti memberi penekanan kepada aspek pelaksanaan projek-projek tersebut.

“Kita hendaklah memastikan tidak mengulangi kesilapan lalu di mana jutaan ringgit dibelanjakan untuk membina sekolah dan makmal komputer yang bocor bumbung, tanpa bekalan elektirk atau jalan akses.

“Atau dalam kes Bangunan Maltrade dan MRR2. Kita juga masih ingat dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung harga peralatan yang keterlaluan,” kata Lum dalam satu kenyataan.

Menurutnya, wang rakyat akan dibazirkan sekiranya projek-projek tersebut tidak dilaksanakan dengan sempurna.

“Untuk memastikan pelaksaannya yang berkesan, kerajaan mesti memastikan faktor ketelusan dan akauntabiliti diambil kira pada setiap masa,” tambahnya.

Di samping itu, katanya, seperti yang dijangkakan, kerajaan akan bergantung kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Uuntuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi negara, tambahnya, kerajaan mesti menambahbaik sistem penyampaiannya, mengurangkan rasuah dan mempunyai dasar-dasar yang jelas dan konsisten.

“Hanya dalam persekitaran seumpama itu, maka para pelabur asing dan tempatan akan mempunyai keyakinan untuk melabur di Malaysia.

“Sama pentingnya ialah kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN). Oleh itu, adalah penting kerajaan pusat mempercepatkan reform dalam sistem kehakiman dan pasukan polis seperti yang dijanjikan oleh perdana menteri selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu,” kata Lum.

Menurut beliau lagi, sektor swasta juga bimbang dengan keadaan keselamatan sekarang di mana rompakan, kejadian samun dan keselamatan diri menjadi kebimbangan utama.

“Kekerapan berlaku jenayah seumpama itu amat membimbangkan. Persatuan penduduk kini terpaksa menggunakan khidmat pengawal keselamatan pada waktu siang dan malam untuk membantu kekurangan anggota polis,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s